Kahoot @ Giat Mara Padang Besar ( Fashion & Dressmaking )

6 November 2018 | Aktiviti Terkini

5 November 2018 : Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan pelajar Giat Mara Padang Besar bertempat dia Pusat Internet RPA Arau dengan kerjasama Pusat Internet Pokok Jawi, Pusat Internet Batas Lintang serta Pusat Internet Tambun Tulang. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi Mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.

Selain itu kami juga memberi sedikit taklimat Klik Dengan Bijak. Ia sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali